Testimoni Shaklee Saya - Set Cantik

 


Hai Assalamualaikum. Berjumpa lagi kita. Kali ni Kinah nak share tentang real testimoni dari Kinah sendiri untuk Set Cantik Shaklee. 

Testimoni Shaklee Kinah ini bermula dari alahan pregnant pada tahun 2019. Pregnant anak ke3 tidak mempunyai banyak masalah dari segi kesihatan lain, kecuali naik jerawat yang agak besar dari biasa. 

Bak kata orang, pembawakan budak ni tak sama setiap anak. Masa anak pertama dan kedua tiada selera makan, dan HB low. Datang anak ke3 ni, dia main dengan jerawat pula. 

Jerawat yang nak bukan biasa-biasa tau, ni kategori jerawat batu. Kesan parut dia, aduhai sampai naik hitam. Segan sangat masa tu. Nasib baiklah zaman covid. Tak keluar rumah sangat. Pergi kerja pun pakai mask kan. Takdalah orang nampak. Hehe

Jerawat batu semasa pregnant



Tapi itulah, pakai mask sebenarnya menambahkan lagi masalah jerawat tu. Muka sentiasa berkuap dan jerawat bertambah teruk. Kinah redha je sepanjang pregnant sebab tahu kalau alahan selagi tak habis pregnant, takkan hilang. 

Then bila 2020, dah bersalin dan dapat baby hero ibu yang putih gebu, Kinah pun mencari jalan keluar dari masalah ini. Sebelum tu, meh tengok baby Shaklee ibu. Kenapa ibu kata baby Shaklee, sebab ibu ambil fullset Set Hamil Shaklee. 🥰

Baby Shaklee ibu Afeef Nuqman

Betullah kata orang, memang alahan mengandung ni, lepas bersalin akan hilang. Sama juga dengan Kinah. Habis je melahirkan, memang jerawat batu tu hilang! Cumanya, kesan parut tak hilang sekali. 
Sedih tgk rupa sendiri. Sebelum ni, tak pernah ada parut hitam macam tu. 

Dah alang-alang consume Shaklee masa tu, terus tanya pada agent yang jual tu iaitu adik ipar sendiri yang sekarang dah jadi Master Coordinator Shaklee pun. Dia suggest untuk ambil Set Cantik Shaklee dan Youth Skincare. 

Okay, masa tu tak fikir banyak terus beli je. Set Cantik Shaklee ada 3 item yang Kinah ambil iaitu ESP, Vitamin C dan Vitamin E. 

Set Cantik Shaklee
 

Bagaimana Set Cantik ni berfungsi? 




1. ESP (Energizing Soy Protein)

ESP adalah berasaskan protein. Protein ibarat blok asas kepada sel kulit kita. Apabila blok batu-bata sesuatu rumah tersusun cantik, nak simen pun nampak rata je kan? 

Samalah macam kulit manusia. Lagi lama kita minum ESP, sel kulit kita akan sentiasa diganti dengan sel-sel baru yang lebih sihat! 

Dalam ESP juga, terdapat semua keperluan lengkap asid amino yang diperlukan untuk kulit kelihatan berseri. 

Selain itu, protein soya juga mengandungi isoflavon yang mempunyai aktiviti estrogenik yang membantu kulit untuk kelihatan lebih muda. 




2. Vitamin C

Vitamin C bertindak sebagai antioksida semulajadi yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan radikal bebas. Dia juga adalah agen anti-radang.  Vitamin C bantu untuk penghasilan kolagen. 




3. Vitamin E

Memelihara sel-sel daripada serangan radikal bebas. Ianya juga dapat memudarkan parut jerawat dan jeragat sekaligus merawat masalah kulit. 


Youth Skincare

Starter Set Youth Skincare



Kinah bermula dengan Starter Set untuk Youth Skincare. Terdapat 4 item iaitu Cleanser, Toner, Moisturizer SPF50 dan Night Cream. 
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
💟 Cleanser – untuk polish, purify dan protect our skin. Dia soap free dan pH balance. Memang tak mengeringkan kulit langsung.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
💟 Toner – untuk freekan skin dari menjadi kusam dan jadikan kulit glowing. Pakai ni gosok dengan cotton pad tu habis tertanggal sekali whiteheads dan blackheads.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
💟 Moisturizer SPF50 – untuk protect skin dari UVA & UVB, lembutkan kulit dan improved skin tone. Pakai ni je cukup tak perlu foundation ke apa ke dah boleh jadi make up base.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
💟 Night Cream – untuk support sel kulit, untuk melembutkan dan bagi effect cerah bercahaya. Kalau bangun pagi kulit lembut macam baby jangan terkejut pulak.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Specialnya Youth ni sebab sesuai untuk SEMUA JENIS KULIT. Dah dikaji oleh pakar dermatologi dan oftalmologi selama 8 tahun!
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
100% vegan (tumbuhan) dan 100% bebas 2500 jenis kimia berbahaya untuk kulit.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Alhamdulillah dengan bantuan semua ini, kulit Kinah kembali berseri dan parut semakin pudar. 



Kulit sekarang


Dan dengan testimoni sendiri inilah, Kinah decide untuk join berbisnes bersama Shaklee. Dengan product yang berkualiti, sistem bonus yang menarik dan company yang stabil, Kinah yakin dapat bantu lebih ramai lagi untuk sihat dan cantik. Juga membantu Kinah menjadi usahawan berjaya bersama Shaklee. 

Semoga dapat hadiah istimewa daripada tajaan www.anakkuwira.com


#projekblognextlevel



Comments

Popular posts from this blog

Pengedar Shaklee Sungai Petani dan Nibong Tebal

TIPS KURUS SEBELUM RAYA DENGAN SET KURUS SHAKLEE